Waris Peminjam Perlu Tanggung Baki Hutang PTPTN ?

TULAR:
407

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya waris perlu membayar baki hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya peminjam meninggal dunia.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Pengurus Besar Kanan, Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN, Abdul Ghaffar Yusop berkata waris peminjam PTPTN tidak perlu membayar balik baki pinjaman peminjam kerana dilindungi Skim Perlindungan Takaful Berkelompok.

Menurut Abdul Ghaffar, waris perlu memaklumkan sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal peminjam berkaitan kepada pihaknya, bagi membolehkan PTPTN menguruskan tuntutan dan memberikan manfaat takaful serta khairat kematian kepada waris sebagaimana yang ditetapkan.

Beliau berkata, selain tidak perlu membayar baki pinjaman, waris juga akan menerima RM1,500 sebagai faedah khairat kematian.

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI