JPJ Kenakan Kompaun Lambat Perbaharui Lesen?

TULAR:
3280

PENJELASAN:

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperjelaskan dakwaan bahawa kononnya pihak JPJ akan mengenakan kompaun kepada kesalahan tidak memperbaharui lesen memandu yang tamat tempoh sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

JPJ dalam satu kenyataan berkata, kompaun sehingga RM300 yang disebarkan adalah kadar bagi kesalahan memandu atau menunggang tanpa lesen atau lesen tamat tempoh. Bagaimanapun, pengurangan bayaran ditawarkan kepada pesalah yang menjelaskan kompaun dalam tempoh ditetapkan.

Menurut JPJ, “Sebarang pembaharuan lesen memandu tamat tempoh boleh dilakukan di semua kaunter JPJ atau agensi yang dilantik tanpa dikenakan kompaun dan tertakluk kepada lesen memandu yang tamat tempoh tidak lebih tiga tahun.”

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI