PTPTN Tak Perlu Bayar Semula?

TULAR:
290

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa pinjaman PTPTN akan dimansuhkan.

Sumber gambar: Blog Melayu Terkini


SEBENARNYA :

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menafikan pernah mengeluarkan kenyataan mengenai pemansuhan pinjaman kewangan melalui sepucuk surat yang kemudiannya dimuat naik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ke laman sosial baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sehingga kini setiap dasar, polisi serta keputusan berkaitan PTPTN tidak pernah dilakukan menerusi medium sosial atau pun melalui mana-mana saluran yang tidak rasmi.

SUMBER :

Utusan

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI