PENJELASAN:
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman memperjelaskan dakwaan bahawa masih ramai rakyat di negeri Terengganu yang miskin.
Menurut Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, kenyataan yang mengatakan masih ramai rakyat di negeri Terengganu miskin adalah tidak berasas.
Beliau berkata, tuduhan yang dibuat dengan membandingkan jumlah penerima bantuan pada tahun 2016 dan 2017 adalah tidak betul.
“Senang sahaja (tuduhan dibuat)..tali ukur kepada penerima bantuan..bukan itu sebenarnya.Sebaliknya kerajaan memperkenalkan bantuan mengambil kira pelbagai aspek. Kita beri bantuan kepada pasukan keselamatan tanpa mengira pangkat. Takkan ketua polis Terengganu pun tergolong dalam kelompok orang miskin.”
“Bantuan-bantuan yang kita berikan itu bukan tertakluk kepada golongan miskin semata-mata tetapi atas faktor-faktor lain seperti menghargai sumbang dan sebagainya.”