Suspek Kes Pembunuhan Imam Warga Palestin Telah Diberkas Polis?

TULAR:
1813
Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media dakwaan kononnya suspek pembunuhan imam warga Palestin, Dr. Fadi Albatsh telah diberkas oleh pihak polis.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Polis menafikan dakwaan yang tular kononnya suspek pembunuhan Dr. Fadi Albatsh telah diberkas.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, kenyataan berkenaan seorang suspek yang tular itu tiada kaitan dengan kes pembunuhan ini.

“Lelaki yang dikatakan suspek pembunuhan itu tiada kaitan dengan kes ini. Kami tidak boleh membuat konklusi sebegini. Kami siasat dari semua sudut.”

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI