Restoran Korea di Sitiawan Dalam Proses Memohon Sijil Halal?

TULAR:
592

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa sebuah restoran makanan Korea di Sitiawan dalam proses permohonan untuk mendapatkan sijil halal.

Sumber gambar: suaraperak.com

SEBENARNYA:

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menafikan menerima sebarang permohonan untuk mendapatkan sijil halal daripada sebuah restoran makanan Korea di Sitiawan.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal JAIPk, Yusri Abdul Rani berkata, dakwaan yang tular dalam media sosial mengenai restoran berkenaan sedang dalam proses memohon sijil halal sejak beberapa minggu lepas, adalah tidak benar.

Menurut beliau, “Setakat ini, tidak ada apa-apa yang menunjukkan ada permohonan untuk mendapatkan sijil halal daripada restoran berkenaan di dalam sistem kami.”

SUMBER:

Utusan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI