Caj Rawatan Gigi di Klinik Kesihatan Meningkat?

TULAR:
1284

PENJELASAN :

Kementerian Kesihatan memperjelaskan dakwaan bahawa caj servis pergigian di klinik kesihatan meningkat, sepertimana yang tular di media sosial.

Gambar hiasan. Sumber gambar: Blog Sekolah Nanga Ensiring.

Menurut KKM, tiada perubahan bayaran untuk rawatan pergigian pesakit luar warganegara Malaysia di klinik-klinik kerajaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, caj bagi prosedur rawatan sedia ada dalam Perintah Fi(Perubatan) 1982 tidak pernah disemak selama 35 tahun sedangkan kos sebenar telah meningkat. Justeru, perintah ini telah dikemaskini di mana Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 adalah menunjukkan kos rawatan asas semasa (bersubsidi) bagi rawatan pergigian di fasiliti kesihatan KKM.

Oleh yang demikian, pesakit luar pergigian akan diberikan pemakluman caj rawatan di mana ianya akan menunjukkan kos sebenar rawatan yang disubsidi oleh Kerajaan, seperti yang diamalkan bagi bil di hospital untuk pesakit. Oleh itu, senarai caj yang disenaraikan dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 bagi pesakit luar adalah untuk kegunaan pihak hospital dan klinik bagi memudahkan pemakluman tersebut.

SUMBER :

Kementerian Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI