Dadah “Strawberry Quick” Dijual Di Sekolah?

TULAR:
164

PALSU :

Tular di media sosial dakawaan bahawa gula-gula dadah “Strawberry Quick”  boleh didapati di sekolah. Kes yang menular tersebut disertakan dengan surat pekeliling yang dikatakan daripada Kementerian Pendidikan.

Sumber gambar: Facebook


SEBENARNYA :

Kementerian Pendidikan menafikan pernah mengeluarkan pekeliling pemberitahuan mengenai penjualan gula-gula dadah berlaku di sekolah di negara ini, seperti yang menular di media sosial.

Menurut kenyataan Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid menerusi laman Facebook, beliau telah mengesahkan bahawa surat yang kononnya ditandatangani oleh pemangku Ketua Bahagian Hal-Ehwal Pelajar, Kementerian Pendidikan, Haji Said Haji Salleh itu adalah palsu dan tidak benar.

SUMBER :

Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Facebook Rasmi Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI