PALSU :
Tular di media sosial satu gambar yang mendakwa bahawa Sinar Harian telah menerbitkan berita kononnya, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar telah dipecat serta-merta tanpa diberikan penjelasan.
SEBENARNYA :
Sinar Harian menafikan telah menerbitkan berita berkaitan pemecatan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Berita palsu yang tersebar di media sosial seperti Facebook menyatakan Abdul Wahid telah dipecat daripada PNB serta merta tanpa diberikan penjelasan.
Berdasarkan penelitian tera air atau watermark pada gambar tersebut adalah versi lama dan tidak lagi digunakan di portal Sinar Harian dalam menyiarkan berita. Begitu juga dengan bentuk dan saiz tulisan pada berita palsu itu juga tidak digunakan seperti kebiasaan berita kami.
SUMBER :