Sindiket Pemerdagangan Manusia di Kawasan FELDA?

TULAR:
1041

PALSU:

Tular di media sosial laporan bahawa beberapa orang warga asing telah diselamatkan polis dari sindiket pemerdagangan manusia, di Felda Kampung Charok Keladi, Pokok Asam, Pendang, Kedah.

Gambar hiasan. Sumber: Faceboook

SEBENARNYA:

FELDA menafikan kejadian sembilan warga asing yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang dibongkar polis berlaku dalam kawasan pentadbirannya.

Pegawai Perhubungan Awam dan Studio FELDA, Masheema Zulkefli, berkata FELDA Kampung Charok Keladi di Pokok Asam, dekat Pendang yang dinyatakan sebagai lokasi kejadian seperti dilaporkan dalam semua media cetak dan media dalam talian itu tidak wujud.

 

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI