Sos Spageti Jenama Prego Tidak Halal ?

TULAR:
3572
Gambar hiasan. Sumber gambar : JAKIM

PALSU :

Tular di media sosial dakwaaan bahawa sos spageti jenama Prego adalah tidak halal kerana terdapat campuran babi.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Sos Spageti jenama Prego yang dikilangkan oleh Campbell Cheong Chan (M) Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Justeru, pengguna disaran agar merujuk terlebih dahulu pihak yang berwibawa khususnya JAKIM dan JAIN dalam memperoleh penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di media sosial.

SUMBER : 
Facebook Hab Halal JAKIM

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI