Kelab Kota Tinggi Brotherhood Dirasmikan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi ?

TULAR:
871

PALSU : 

Tular di media sosial dakwaan bahawa Ketua Polis Daerah Kota Tinggi akan merasmikan Kelab Kota Tinggi Brotherhood pada 25 November 2017.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Pihak PDRM IPD Kota Tinggi menafikan majlis tersebut akan dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Kota Tinggi.

Menurut PDRM, majlis perasmian tersebut tidak melibatkan mana-mana pegawai kanan dari IPD Kota Tinggi dan pihak IPD tidak menerima sebarang maklumat mengenai majlis tersebut.

SUMBER :
Facebook Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI