Ejen TERAJU Tawarkan Bantuan Kewangan?

TULAR:
306

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan mesej palsu penipuan yang dikitar semula, kononnya bertujuan menarik orang awam memohon geran kerajaan melalui ejen yang turut mengenakan komisen dan menggunakan jenama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Versi Terkini. Tular: November 2017

Sumber gambar: Facebook Teraju

Versi Terdahulu. Tular: September 2017

Sumber gambar: teraju.gov.my

Pihak TERAJU mendapati bahawa terdapat sindiket atau ejen-ejen yang secara berleluasa telah mempromosi perkhidmatan yang meragukan ini, menawarkan bantuan kepada masyarakat umum yang ingin mendapatkan geran atau bantuan kewangan daripada pihak kerajaan.

TERAJU ingin menegaskan bahawa ia tidak pernah melantik mana-mana pihak
ketiga untuk bertindak dalam memudahcara permohonan seumpama ini.

TERAJU menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak terpedaya
apabila menerima sebarang mesej atau maklumat yang berkaitan dengan
penipuan ini, serta mengelakkan diri dari berurusan dengan penghantar
maklumat atau individu yang terlibat dalam sebarang aktiviti tersebut.

SUMBER:

Facebook TERAJU

Laman Rasmi TERAJU

Facebook Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI