Gaji Penjawat Awam Akan Dibayar 2 Kali Sebulan?

TULAR:
859

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa penjawat awam akan menerima bayaran gaji sebanyak 2 kali sebulan.

Sumber gambar: Twitter Kementerian Kewangan Malaysia

SEBENARNYA:

Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan isu yang menular di media sosial berkenaan Pembayaran Gaji 2 Kali Sebulan Secara Rintis adalah PALSU. Taklimat tersebut adalah daripada pihak Kementerian Kewangan Brunei Darussalam.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) khabar angin kononnya kerajaan bakal melaksanakan amalan pembayaran gaji dua kali sebulan kepada penjawat awam dalam tempoh terdekat adalah tidak benar sama sekali. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, perkara tersebut hanya merupakan khabar angin dan penjawat awam perlu mendapatkan sumber yang tepat untuk sebarang berita.

SUMBER:

Facebook Kementerian Kewangan Malaysia

Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam

Twitter Kementerian Kewangan Malaysia

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI