Stesen Angkasa China Tiangong-1 Akan Jatuh Di Kuala Lumpur, Malaysia?

TULAR:
1575

PENJELASAN :

Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Negara  (ANGKASA) memperjelaskan dakwaan kononnya Stesen Angkasa China Tiangong-1 akan jatuh di Kuala Lumpur,Malaysia sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook

MOSTI melalui ANGKASA memaklumkan bahawa kemungkinan Stesen Angkasa China Tiangong-1 jatuh di Malaysia adalah sangat rendah.

Menurut Dr. Noordin Ahmad, Ketua Pengarah ANGKASA, “berdasarkan kiraan, luas kawasan yang dirangkumi 43 darjah utara hingga ke 43 darjah selatan ini, melibatkan  banyak negara lain di dunia termasuk Malaysia, dan mempunyai keluasan anggaran kira-kira 347 860 000 km persegi.  Selain dari Malaysia khususnya Kuala Lumpur kawasan ini turut meliputi Singapura (1.35 darjah utara), Sydney, Australia (33.86 darjah selatan), Florida, Amerika (27.66 darjah utara) dan Beijing, China (39.90 darjah utara).

Tambah beliau lagi, mengambil kira Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berkeluasan 243.65 kilometer persegi, kebarangkalian untuk Kuala Lumpur menjadi tempat jatuhnya serpihan ini adalah kecil iaitu kira-kira 0.0000699% sahaja. Kebarangkalian untuk Malaysia pula hanyalah 0.09 % setelah mengambil kira keluasan keseluruhan seluas 329 960.22 kilometer persegi. Data keluasan ini diperolehi daripada sumber data.gov.my dan Jabatan Penerangan Malaysia.”

SUMBER:

ANGKASA

Facebook ANGKASA

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI