Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Tidak Pernah Mengeluarkan Laporan Salah Laku KPPA

TULAR:
368

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC):

EAIC ingin merujuk kepada siaran media bertajuk Laporan Salah Laku Ke Atas Dato’ Dr. Zulkapli – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang disiarkan di akaun Facebook Harapan Malaysia pada tarikh 16 Mei 2023.

Untuk makluman, siaran media tersebut adalah palsu dan pihak EAIC tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti ini.

Orang ramai dinasihati agar tidak menyebar atau berkongsi lanjut kenyataan palsu itu menerusi mana-mana platform media.

SUMBER:

Facebook Rasmi EAIC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI