Tawaran Visa Dan Pakej Haji Dari Individu Atau Agensi Yang Tidak Dilesenkan Lembaga Tabung Haji?

TULAR:
706

WASPADA:

Orang ramai adalah dinasihatkan agar berwaspada dengan tawaran visa dan pakej haji dari individu atau agensi yang tidak dilesenkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Sumber gambar: Tabung Haji

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Johan Abdullah, pemberian Visa Furada (visa urusan sendiri) kepada mana-mana individu atau syarikat terpilih yang menawarkan pakej haji adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi.

Bakal-bakal haji yang mendapat visa itu dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan pakej haji yang disediakan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan TH sahaja.

SUMBER :

Facebook Tabung Haji

Bernama

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI