Harga Barang Mentah Naik Sehingga 300% Akibat Musim Hujan?

TULAR:
419

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa berlaku kenaikan sehingga 300 peratus harga ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan berikutan musim hujan sejak kebelakangan ini.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menafikan dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa berlaku kenaikan sehingga 300 peratus harga ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan berikutan musim hujan.

Pengerusinya Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, harga barangan keperluan tersebut hanya mengalami kenaikan 120 peratus ekoran masalah logistik dan stor simpanan bekalan makanan yang rosak akibat dimasuki air banjir.

“Dari segi bekalan, ia bukan datang dari Pulau Pinang sahaja tetapi dari negeri lain seperti Perak dan Selangor, jadi tidak timbul isu harga naik sehingga 300 peratus.”

SUMBER :

Bernama

Sinar Harian

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI