Panggilan Daripada Pegawai Polis Dan Kakitangan Institusi Kewangan Berkenaan Akaun Bank Bermasalah ?

TULAR:
839

WASPADA :

Orang ramai diminta berhati-hati dengan panggilan telefon yang kononnya daripada pegawai polis dan kakitangan institusi kewangan yang mendakwa mangsa bahawa akaun bank mereka bermasalah;

1. Terlibat dalam kes dadah
2. Terlibat dalam penggubahan wang haram
3. Terdapat penggunaan kad kredit didalam atau luar negara
atau bermacam lagi alasan penipuan.

Sumber gambar : PDRM

Menurut PDRM, mangsa akan diminta supaya memindahkan semua wang di dalam semua akaun bank milik mangsa ke satu akaun yang boleh diakses oleh penjenayah.

Mangsa juga akan diminta membuka satu akaun baru di mana penjenayah akan meminta mangsa menyerahkan akses perbankan internet (user name, password, dan mendaftarkan nombor telefon penjenayah bagi penerimaan kod pengesahan).

SUMBER :
Facebook Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI