Malaysia Kekurangan Pakar Untuk Tangani Isu Keselamatan Data Peribadi?

TULAR:
349

PENJELASAN :

Kementerian Komunikasi dan Multimedia memperjelaskan dakwaan bahawa Malaysia kekurangan pakar dan peralatan untuk mengesahkan jika data peribadi orang ramai diceroboh.

Gambar hiasan. Sumber: KKMM

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari, Kementerian Komunikasi dan Multimedia mempunyai kumpulan pakar dan peralatan yang mencukupi untuk mengesahkan jika data peribadi orang ramai diceroboh atau terjejas.

Orang ramai boleh merujuk agensi kementerian seperti Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), jika menyedari maklumat peribadi mereka telah dibocorkan.

“Kami mempunyai agensi dipanggil Jabatan Perlindungan Data Peribadi, yang mengetengahkan garis panduan untuk soal data, iaitu pengguna data itu sendiri dan satu lagi, penyedia perkhidmatan.”

SUMBER :

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI