
PENJELASAN :
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan dakwaan bahawa perkhidmatan bayaran perubatan hospital berjumlah RM1 akan dihentikan berikutan pelaksanaan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) sepertimana yang tular di media sosial.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, perkhidmatan FPP ini bukan bermaksud penswastaan ke atas perkhidmatan penjagaan kesihatan di hospital-hospital kerajaan. Malah, perkhidmatan penjagaan kesihatan sedia ada yang disubsidi kerajaan akan diteruskan seperti sedia kala.
Fokus perkhidmatan FPP ini adalah kepada rakyat yang berkemampuan untuk membayar kos penuh perubatan dengan jaminan kelebihan tertentu seperti penjagaan rawatan kepakaran yang tinggi di hospital KKM yang terpilih.
SUMBER :
Kementerian Kesihatan Malaysia