Tiada Pesakit Positif COVID-19 Lari Dari HRPZ II

TULAR:
1983

Polis Kelantan menjelaskan isu yang tular mengenai seorang lelaki positif Covid-19 dikatakan melarikan diri dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) adalah tidak benar.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, mengikut maklumat yang diterima, lelaki berasal dari Jerteh, Besut, Terengganu itu sebenarnya belum menjalani pemeriksaan dan tidak diketahui sama ada positif Covid-19 ataupun tidak.

Beliau berkata, lelaki itu sebenarnya mengadu mengalami demam, namun tidak menjalani pemeriksaan dan meninggalkan hospital kerana ada urusan lain.

Jelas beliau, “Kami tidak menerima apa-apa laporan berkaitan kes itu dan polis berharap perkara ini tidak diviralkan kerana boleh mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI