Dakwaan Lelaki Positif COVID-19 Enggan Bekerjasama Dengan Pihak KKM Dan PDRM Untuk Saringan Adalah Palsu

TULAR:
2241

SEBENARNYA:

Polis bersama pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kelantan mengakui hadir ke sebuah rumah jemaah tabligh di Tawang, Bachok.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmudin Sulaiman berkata, kedatangan mereka bagi memeriksa lelaki berusia lebih 50-an yang dipercayai hadir ke perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur, bulan lalu.

Katanya, polis mengiringi pegawai KKM untuk mengambil sampel darah lelaki berkenaan pada 2 petang.

Kata beliau lagi, “Dakwaan mengatakan lelaki itu enggan memberi kerjasama kepada polis dan KKM adalah tidak benar kerana dia memberi kerjasama yang baik. Kita sahkan sudah mengambil sampel darah lelaki itu dan dibawa ke makmal KKM untuk pemeriksaan lanjut.”

SUMBER:

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI