Video Banjir Kilat Di Seksyen 13, Shah Alam Adalah Video Lama

TULAR:
1175

Menurut kenyataan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA):

Untuk makluman hasil pemantauan pihak MBSA di kawasan Seksyen 13 didapati tidak berlaku banjir kilat.

Hantaran video yang dimuatnaik merupakan video kejadian banjir kilat yang berlaku sebelum ini. MBSA memohon semua pihak supaya tidak menularkan video atau menyebarkan maklumat yang kurang tepat dan sahih kerana ini boleh menimbulkan kegusaran dan kekeliruan di kalangan masyarakat.

Pihak MBSA melalui Unit PANTAS akan memantau ‘hotspot’ banjir sebagai langkah berjaga-jaga.

Video lama

SUMBER:

Facebook Rasmi MBSA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI