Waspada Dari Mendedahkan Maklumat Bank Di Media Sosial Untuk Terima Duit Raya Dalam Talian (Online)

TULAR:
1659

Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Amalan memberi atau menerima duit raya secara dalam talian merupakan perkara baharu yang dilakukan oleh masyarakat di negara ini, selepas tahap kesedaran berkenaan jangkitan COVID-19 semakin meningkat.

Perkara itu amat digalakkan. Namun, kecuaian memaparkan nama dan nombor akaun bank di media sosial boleh mengundang masalah di kemudian hari.

Tahukah, hanya dengan maklumat yang dipaparkan itu boleh digunakan oleh sindiket penipuan untuk memperdayakan anda?

Anda mungkin akan dihubungi oleh individu tertentu yang menyamar sebagai pegawai polis, bank, imigresen atau lain-lain pihak dengan menyatakan terdapat kesalahan tertentu yang memerlukan anda memindahkan wang dengan segera.

Nasihat kami, memadailah berkongsi maklumat tersebut secara peribadi sahaja. Tidak perlu dipaparkan secara umum yang kononnya untuk memudahkan si pemberi.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI