Dakwaan Menteri Kanan Pertahanan Tidak Menggalakkan Rakyat Singapura Berkunjung Ke Johor Bahru Adalah Tidak Benar

TULAR:
4225

SEBENARNYA:

Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menafikan kenyataan di media sosial yang mendakwa beliau tidak menggalakkan rakyat Singapura berkunjung ke Johor Bahru jika hanya untuk mengisi minyak kenderaan, mencuci kereta, makan-makan atau membeli barangan dapur yang murah. Beliau menyeru orang ramai agar berhenti menyebarkan berita palsu untuk mengelakkan tercetusnya salah faham dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

SUMBER:

Telegram Rasmi KKMM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI