Lelaki Dipercayai Pengantin Diserang Sawan Bukan Dilanggar

TULAR:
1788

SEBENARNYA:

Polis menafikan gambar yang tular membabitkan seorang lelaki dipercayai pengantin, dilanggar ketika hendak bernikah di hadapan Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP).

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata pihaknya menerima maklumat dari pihak hospital mengatakan lelaki itu dipercayai diserang sawan.

Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya tidak pasti kecederaan di muka mangsa akibat terjatuh atau sebaliknya.

“Mangsa bukan dilanggar atau terbabit dalam kemalangan seperti yang ditularkan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, gambar seorang lelaki yang terbaring di atas jalan sambil diperhatikan bakal isterinya yang berpakaian pengantin tular di laman sosial.

SUMBER:

Harian Metro

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI