Waspada Kenaikkan Harga Barang Sempena PRU14

TULAR:
438

WASPADA:

Orang ramai diminta berwaspada dengan peniaga yang menaikkan harga barang pada musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Gambar hiasan : Sumber : Iklan Kampung

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pengguna yang mempunyai aduan berhubung kenaikan harga barangan semasa PRU-14 juga boleh menyalurkannya kepada kementerian.

Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan pada musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Saya nak maklumkan dalam musim kempen ini, sesiapa yang menaikkan harga, kita akan tangkap mereka. Ketua Setiausaha KPDNKK juga sudah memberitahu semua pegawai dan sekiranya ada orang cuba sabotaj menaikkan harga, maklumkan kepada kementerian, sekali gus kita tangkap mereka habis-habisan.”

SUMBER: 

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI