Terdapat Unsur Khianat Dalam Kes Penunggang Motosikal Terjerut Tali Tangsi?

TULAR:
611

PENJELASAN:

Pihak polis memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat unsur khianat dalam kes penunggang motorsikal cedera akibat terjerut tali tangsi berhampiran susur keluar Kampung Kayu Ara di Lebuh Raya Sprint sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Polis mengesahkan tiada unsur khianat berhubung kes penunggang motorsikal cedera akibat terjerut tali tangsi berhampiran susur keluar Kampung Kayu Ara di Lebuh Raya Sprint.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at, hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati terdapat banyak helaian benang terjuntai dan sisa-sisa ikatan iklan yang tidak dibuang.

“Terdapat helaian benang yang paling panjang hampir 3.2 meter telah terkena dagu dan leher mangsa sehingga terpaksa menerima hampir 30 jahitan. Justeru itu, kita menggesa pihak yang berwajib terhadap jalan serta lebuh raya mengambil tindakan ke atas iklan atau kain rentang haram serta membersihkannya dengan baik bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang.”

SUMBER:

Utusan Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI