9 Mei 2018 Telah Ditetapkan Sebagai Hari Kelepasan Am?

TULAR:
2479

PENJELASAN:

Pejabat Perdana Menteri (PMO) memperjelaskan laporan bahawa 9 Mei 2018 telah ditetapkan sebagai Hari Kelepasan Am.

Sumber Gambar: Twitter

Menurut kenyataan PMO:

Berikutan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14 ialah pada 9 Mei 2018, Kerajaan telah menetapkan hari tersebut sebagai Hari Kelepasan Am tambahan seluruh Negara. Ini bagi membolehkan rakyat Malaysia menjalankan tanggung jawab mereka sebagai pengundi.

Pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

SUMBER:

Facebook Pejabat Perdana Menteri

Utusan

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI