
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia):
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa penumpuan angin baratan kencang dijangka berlaku di barat Semenanjung Malaysia pada 24 hingga 26 Oktober 2026, berdasarkan analisis model-model ramalan cuaca terkini.
Keadaan ini berpotensi mengakibatkan pembentukan garis badai yang boleh membawa cuaca ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang untuk tempoh yang lebih panjang di kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia.
Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca semasa dan mengambil langkah berjaga-jaga, khususnya ketika melakukan aktiviti luar atau perjalanan sepanjang tempoh berkenaan.
SUMBER:






