Kekurangan Ubatan, Pesakit Hospital Diberi Bekalan Hanya Untuk Sebulan?

TULAR:

PENJELASAN :

Kementerian Kesihatan memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat masalah kekurangan bekalan ubat-ubatan di hospital-hospital kerajaan, menyebabkan pesakit hanya dibekalkan ubat untuk tempoh kurang daripada sebulan dan mereka perlu kerap ke hospital untuk bekalan susulan.

Sumber gambar: Kementerian Kesihatan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, peruntukan yang mencukupi telah disalurkan kepada semua hospital walaupun diakui terdapat insiden gangguan bekalan bagi beberapa jenis ubat akibat masalah pengilangan dan peningkatan bilangan pesakit ke fasiliti KKM.

Katanya lagi, tindakan secara close monitoring dan mengenalpasti bekalan alternatif telah dilakukan bagi memastikan bekalan yang mencukupi, selain peruntukan kewangan tambahan kepada hospital-hospital untuk tidak membebankan pesakit.

Tambahnya, polisi pembekalan ubat-ubatan untuk tempoh sebulan telah dilaksanakan sejak 2016 untuk memastikan kefahaman serta kepatuhan pesakit terhadap ubat-ubatan yang diberi, dan bagi mengelakkan pembaziran.

SUMBER :

Ketua Pengarah Kesihatan

Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Bernama

Astro Awani