Kemasukan Pelaburan Asing Jejas Identiti Dan Peluang Rakyat?

TULAR:
1719

PENJELASAN :

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memperjelaskan dakwaan bahawa kemasukan pelaburan asing dari China akan menjejaskan identiti serta peluang rakyat tempatan sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : MITI

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata bahawa kerajaan menerusi kekuatan serta kestabilannya akan memastikan pelaburan negara asing termasuk dari China tidak menjejaskan identiti serta peluang rakyat tempatan.

Beliau berkata dakwaan kononnya negara ini tergadai menerusi pelaksanaan projek Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP) juga tidak benar kerana China bukanlah pelabur terbesar di Malaysia.

Mustapa turut memberi jaminan bahawa kerajaan bertegas demi melindungi kepentingan rakyat tempatan dalam pelaksanaan projek mega membabitkan pelabur asing termasuk kuota 30 peratus dalam projek ECRL untuk kontraktor tempatan.

SUMBER :

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI