Jabatan Insolvensi Malaysia Tiada Kaitan Dengan Urusan Wang Tak Dituntut

TULAR:
2671

Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI):

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dengan ini menafikan kenyataan viral yang telah tersebar melalui media sosial berhubung semakan Wang Tak Dituntut (WTD) yang boleh disemak di laman sesawang Jabatan Akauntan Malaysia (JANM) iaitu di https://egumis.anm.gov.my dan kemudian dituntut di MdI.

WTD yang disemak di laman sesawang tersebut adalah di bawah tanggungjawab JANM dan ianya tidak berkaitan serta tidak boleh dituntut di MdI.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Insolvensi Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI