KTMB Anjur Diskaun “Travel and Be Fit”?

TULAR:

PENJELASAN :

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperjelaskan laporan bahawa pihaknya menawarkan diskaun 10 peratus menerusi satu kempen dengan tema ‘Travel and Be Fit’, sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Mynewshub.

Pihak KTMB memperjelaskan bahawa diskaun 10 peratus harga tiket adalah bagi pengguna yang mahu mendapatkan pakej pemeriksaan kesihatan dan rawatan di Hospital Pantai Ipoh (HPI) menerusi kempen ‘Travel and Be Fit’.

Pengurus Besar Jabatan Perkhidmatan KTM Intercity/ETS Justine Jude berkata, diskaun itu hanya diberikan kepada penumpang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) serta pemegang kad diskaun pelajar KTM i-Card menerusi kempen yang berlangsung pada 1 September 2017 sehingga 1 September 2018.

SUMBER :

Bernama

Sinar Harian