Pelajar UPNM Dituduh Dera Rakan Hingga Mati Dibenarkan Sambung Pengajian?

TULAR:

PENJELASAN :

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperjelaskan kenyataan mengenai keputusan membenarkan 13 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang ditahan polis dalam kes penderaan hingga mati rakan sekampus mereka dibenarkan menyambung pengajian semula.

Gambar hiasan. Sumber : Astro Awani.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kekeliruan timbul dalam kalangan orang awam terhadap kenyataannya mengenai keputusan membenarkan 13 pelajar UPNM yang sebelum ini ditahan polis, menyambung pengajian semula.

Jelas beliau, “ada dua kumpulan pelajar dimaksudkan di sini. Pertama, 13 pelajar UPNM dikenakan tuduhan mengikut Kanun Keseksaan. Mereka dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah sementara menanti perbicaraan. Kumpulan pelajar ini sudah digantung pengajian dan UPNM sedang memproses penggantungan mengikut prosedur ditetapkan.

“Kumpulan kedua, membabitkan seramai 13 lagi pelajar UPNM yang dibebaskan dengan bon mahkamah tanpa dikenakan sebarang pertuduhan oleh pihak berkuasa. Mereka yang saya maksudkan dibenar sambung belajar, seperti keputusan dibuat UPNM. Mereka juga akan diberi kaunseling dan sokongan psikososial oleh UPNM”.

SUMBER :

Berita Harian

MStar