Rangka Helikopter Nuri M23-15 Di Bengkel Barangan Lusuh?

TULAR:

PENJELASAN :

Kementerian Pertahanan memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat rangka sebuah helikopter Nuri M23-15 yang berada di sebuah bengkel barang lusuh di Sungai Petani, Kedah sepertimana hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook.

Menurut Kementerian Pertahanan, helikopter itu adalah milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbabit dalam kemalangan di Pulau Perak pada Disember 2013.

Bagaimanapun, katanya kerajaan memutuskan untuk melupuskan aset itu selepas Pemeriksaan Pelupusan aset alih yang dilaksanakan pada 14 November tahun lalu mendapati keadaan fizikal helikopter itu mengalami kerosakan teruk dan tidak tidak dapat digunakan lagi.

 SUMBER :