Air Melimpah Daripada Empangan Pergau Berikutan Hujan Lebat?

TULAR:
1340

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa air di Empangan Pergau itu akan dilepaskan yang dikatakan akan menyebabkan banyak kawasan dilanda banjir.

Sumber Gambar: Facebook


SEBENARNYA:

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menafikan dakwaan bahawa ada berlakunya limpahan air dari takungan Empangan Pergau, di Kelantan seperti yang tular di media sosial.

Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab Rahman berkata meskipun berlakunya peningkatan paras air di empangan itu, ianya masih belum mencapai tahap melimpah.

Dalam pada itu, TNB Kelantan dalam kenyataannya turut menafikan dakwaan bahawa air di Empangan Pergau itu akan dilepaskan yang dikatakan akan menyebabkan banyak kawasan dilanda banjir.

SUMBER:

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI