Banjir Besar Di Terengganu Dan Kelantan Akibat Pembukaan Empangan Di Thailand Dan Kelantan?

TULAR:
1101

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa akan berlaku banjir besar di Terengganu dan Kelantan akibat pembukaan dua empangan di Thailand dan Kelantan.

Sumber gambar: Harian Metro


SEBENARNYA:

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menafikan dakwaan bahawa berlaku limpahan air takungan dari Empangan Hidroelektrik Pergau dan Empangan Pergau juga tiada perkaitan dengan Empangan di Sukirin, Narathiwat Thailand seperti yang diviralkan di media sosial.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu meminta orang ramai berhenti menyebar maklumat palsu di media sosial kononnya akan berlaku banjir besar di Terengganu dan Kelantan akibat pembukaan dua empangan.

Pengarah APM Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, penyebaran maklumat palsu kononnya akan berlaku banjir besar berikutan pembukaan dua empangan iaitu Empangan Bang Lang Dam, Thailand dan Empangan Pergau, Kelantan, hanya akan mencemaskan orang ramai.

SUMBER:

Berita Harian 

Sinar Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI