Rumah Kebajikan Dibawah JKM Mengabaikan Penghuninya?

TULAR:
1215

PENJELASAN :

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperjelaskan dakwaan sebuah video yang tular di media sosial kononnya rumah kebajikan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengabaikan penghuninya.

Sumber gambar: Youtube.

Menurut Menteri KPWKM, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, video ‘Suara Anak Tong Sampah’ berdurasi kira-kira 15 minit yang tular sejak 21 September 2017 merupakan sebuah video lama yang tersebar sejak 2012 oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau turut menegaskan bahawa dakwaan lelaki yang merupakan bekas penghuni rumah kebajikan dalam video tersebut adalah tidak benar sekali.

SUMBER :

Astro Awani
Sinar Harian
Bernama
The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI