Ayam Di Pasar Pagi Air Putih, Kuantan Di Sembelih Oleh Bukan Islam?

TULAR:
1397

PENJELASAN:

Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan memperjelaskan dakwaan seorang lelaki melakukan penyembelihan ayam disyaki berbangsa Cina di pasar pagi Air Putih, Kuantan sepetimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan mengesahkan video tular seorang lelaki melakukan penyembelihan ayam disyaki berbangsa Cina, adalah video lama yang pernah tular pada 2017.

Kadi Kuantan, Abdul Zaki Md Zain berkata, pemantauan telah dilakukan mengikut prosedur dan mendapati penyembelihan itu dibuat di sebuah premis bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Menurutnya, pihaknya mengambil maklum berkenaan video tular di media sosial tersebut dan ia adalah video sama yang pernah tular pada 2017.

Beliau juga berkata, premis tersebut tidak terikat dengan mana-mana piawaian halal. Tiada sebarang tindakan berkaitan halal boleh dikenakan kepada premis tersebut selama tiada sebarang penyalahgunaan perakuan atau penandaan halal dibuat.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI