41 Kamera AWAS Tidak Berfungsi?

TULAR:
945
Gambar hiasan : Sumber : JPJ

PENJELASAN:

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperjelaskan dakwaan bahawa 41 kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) tidak berfungsi.

Menerusi kenyataan dikeluarkan JPJ, pihaknya menyangkal laporan berita dikeluarkan sebuah portal berita yang mendakwa, hanya empat daripada 45 kamera dipasang dikatakan berfungsi.

“Pengoperasian beberapa kamera AWAS ditangguhkan sementara waktu kerana terbabit dengan kemalangan dan membabitkan kerja pendawaian serta pemasangan semula. Kesemua 41 kamera adalah masih dalam keadaan baik dan sedang beroperasi.”

SUMBER:

Facebook Rasmi JPJ

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI