IPD Tapah Keluarkan Amaran Empat Orang Lelaki Yang Menyamar Dari Syarikat Penjimatan Elektrik Dan Air Sebelum Merompak?

TULAR:
1791
Sumber gambar : PDRM

PENJELASAN:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan kononnya Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tapah keluarkan amaran mengenai tiga sehingga empat orang lelaki yang menyamar dari syarikat yang membekalkan mentol penjimatan elektrik dan penjimatan air sebelum merompak.

Kandungan mesej yang tular tersebut adalah seperti berikut:

Salam semua sila Ambil perhatian ini laporan dr IPD Tapah : 
Ada 3 atau 4 lelaki mungkin akan melawat rumah anda dan mendakwa mereka adalah dari syarikat air,untuk memasang topi pancuran, untuk menjimatkan air. Atau mereka akan mendakwa mereka adalah dari Syarikat Elektrik untuk menukar mentol elektrik penjimatan tenaga secara percuma sebagai sebahagian program daripada kerajaan. Mereka telah dikesan di dalam berbagai bidang. Sila TIDAK membenarkan mereka masuk. Mereka adalah Perompak, merompak menggunakan senjata. Sila memberi amaran kepada semua kenalan anda, kerana anda mungkin menyelamatkan nyawa. Pastikan pintu dikunci setiap masa dan Janganlah menjemput masuk orang asing. Sila hantar dengan segera untuk saling berwaspada!
!

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi Ketua Polis Daerah Tapah:

“Ingin saya tegaskan sehingga kini tiada sebarang laporan polis di buat oleh orang awam. Pihak polis juga tidak menerima sebarang maklumat mengenai kejadian dan tidak pernah mengeluarkan amaran mengenai kejadian melalui Whatsapp.”

SUMBER:

Facebook Rasmi IPD Tapah

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI