MPAG Edarkan Sampul Dan Kad Raya Dengan Gambar Khinzir?

TULAR:
1586
Sumber gambar: Wikipedia

PENJELASAN:

Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) memperjelaskan berkenaan pengeluaran sampul dan kad raya dengan gambar khinzir, sepertimana yang tular di media sosial.

Kandungan mesej yang tular tersebut adalah seperti berikut:

“Jagalah sensitiviti semua kaum di Malaysia. Kenapa Majlis Perbandaran Alor Gajah nak keluarkan sampul duit Hari Raya dengan muka 🐷?

Siapa yang design dan adakah semakan design dibuat sebelum cetak?

Jangan sekadar minta maaf hanya kerana isu ini jadi viral. Investigate.”

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan daripada pihak MPAG:

Merujuk kepada isu Sampul & Kad Raya, dimaklumkan terdapat kesilapan dalam cetakan dan pihak Majlis telah menolak dan ‘reject’ cetakan tersebut. Namun ia telah diviralkan oleh pihak yang tidak bertanggungjwab.

SUMBER:

Facebook Rasmi MPAG

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI