BSN Mengenakan Caj RM10 Dan RM12 Ke Atas Setiap Penerima BSH?

TULAR:
6511

PENJELASAN:

Bank Simpanan Nasional (BSN) memperjelaskan dakwaan bahawa
setiap penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dikenakan caj RM10 dan RM12.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan daripada pihak BSN:

Susulan pengumuman pembukaan akaun BSN bagi  pembayaran kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa 2, 2019, BSN ingin memperjelaskan kekeliruan berhubung caj RM10 dan RM12 ke atas setiap penerima BSH.

RM10 merupakan baki minimum yang perlu ada di dalam akaun simpanan untuk akaun kekal aktif. Jumlah ini adalah yang terendah di kalangan bank-bank di Malaysia. Manakala RM12 hanya akan dicaj sekiranya pelanggan memerlukan Kad Debit BSN yang akan memudahkan pelanggan untuk transaksi pengeluaran pada masa akan datangPilihan untuk Kad Debit BSN ini terletak sepenuhnya di tangan setiap pelanggan kami. 

SUMBER:

Laman Rasmi Bank Simpanan Nasional

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI