Cacing Dijumpai Didalam Kepala Udang?

TULAR:
1357

PENJELASAN:

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memperjelaskan dakwaan terdapat benda asing seperti cacing dijumpai didalam kepala udang sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF):

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mengambil perhatian ke atas viral video dalam Bahasa Mandarin, mengenai objek seperti cacing di bahagian kepala udang yang telah menimbulkan beberapa persoalan atau taksiran yang berbeza dikalangan netizen. Berdasarkan bahasa slanga yang digunakan berkemungkinan video tersebut adalah dari luar negara.

Bahagian Penyelidikan Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia telah meniliti video tersebut dan mendapati spesimen udang di dalam video itu merupakan spesimen udang laut dari jenis udang putih Penaeus vannamei (white leg shrimp). Bedasarkan warnanya, ianya adalah udang yang diternak berusia sekitar 120-150 hari, bersaiz antara 30-50 gram berat badan dan telah mencapai umur matang untuk pembiakan.

Udang putih Penaeus vannamei adalah bukan spesies natif di perairan Malaysia dan ianya berasal dari perairan Latin Amerika khususnya di Mexico dan Peru. Sejak tahun 2004, spesies ini diternak secara meluas melalui aktiviti akuakultur di Asia Tenggara dan kini merupakan spesies udang ternakan dan produk eksport utama di Malaysia.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI