Kawasan Di Semenanjung Malaysia Bakal Berdepan Cuaca Panas Dan Kering?

TULAR:
249

WASPADA:

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), beberapa kawasan dan negeri di Semenanjung Malaysia bakal berdepan cuaca panas dan kering sepanjang Ogos hingga pertengahan September.

Sumber gambar : Facebook

Fenomena itu berlaku akibat fasa monsun barat daya yang mendominasi keadaan cuaca negara sepanjang tempoh berkenaan.

Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, sepanjang Ogos, kebanyakan negeri di Semenanjung akan menerima hujan yang sedikit dan menyebabkan suhu meningkat pada siang hari.

“Keadaan cuaca yang kurang hujan maka kita dapati banyak kawasan akan berlaku kebakaran semak, kebakaran hutan dan sebagainya. Kita lihat keadaan ini dijangka berterusan sehingga bulan September di mana monsoon barat daya berakhir, diganti dengan fasa peralihan monsun pada ketika itu.”

SUMBER :

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI