Penculikan Kanak-Kanak Di Senadin Dan Berdekatan SK Anchi, Miri?

TULAR:
824

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa terdapat kes penculikan kanak-kanak yang didakwa berlaku di Senadin dan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Anchi, Miri, Sarawak.

Sumber gambar: Whatsapp.

SEBENARNYA :

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah, berita penculikan kanak-kanak di bandar raya Miri tidak benar.

Ujarnya lagi, tiada laporan polis diterima berkaitan kes penculikan kanak-kanak yang didakwa berlaku di Senadin dan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Anchi.

Beliau berkata, “Penyebaran laporan itu mengundang keresahan orang awam berkaitan kes berkenaan sedangkan ia tidak berlaku. Justeru, orang awam perlu menghentikan penyebaran maklumat berkenaan serta-merta. Gambar suspek yang dikongsi juga tidak ada kaitan dan ia sebenarnya bersabit kes di Semenanjung.”

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI