Kementerian Industri Utama Salahkan Kakitangannya Kerana Lewat Respon Permintaan Minyak Sawit Dari China?

TULAR:
476

PENJELASAN :

Kementerian Industri Utama menjelaskan dakwaan bahawa menterinya telah menyalahkan satu unit di kementeriannya kerana lewat memberi respons kepada permintaan pembeli China untuk membeli minyak sawit, sekaligus kehilangan peluang menjual minyak sawit, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Kementerian Industri Utama menjelaskan bahawa menterinya, Teresa Kok tidak menjuruskan bahawa sebuah unit di bawah kementerian itu terlalu lewat atau perlahan dalam memberi respons kepada permintaan pembeli China untuk membeli minyak sawit.

Kementerian itu berkata Teresa sebenarnya, merujuk kepada kegagalan oleh syarikat yang terlibat dalam perbincangan perdagangan dengan China kerana lambat dalam maklum balas kepada permintaan yang dibuat oleh pembeli dari negara berkenaan.

“Menteri sentiasa menghargai pegawai-pegawai kementerian, Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan Majlis Minyak Sawit Malaysia sentiasa bertungkus lumus untuk mempromosikan minyak sawit di seluruh dunia,” katanya lagi.

SUMBER :

Facebook Menteri Industri Utama

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI