Tiada Lagi Sumbangan Oleh Kerajaan Negeri Sembilan Kepada Sekolah Yang Mengadakan Lawatan Sambil Belajar?

TULAR:
384

PENJELASAN :

Menteri Besar Negeri Sembilan memperjelaskan laporan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan meluluskan sumbangan kepada sekolah yang mengadakan lawatan sambil belajar sepertimana yang dilaporkan media.

Gambar hiasan. Sumber ; Cikgushare

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan , Aminuddin Harun, ianya berikutan aktiviti seperti itu tidak mencapai matlamat selain ada juga pihak sekolah yang menjadikan lawatan sambil belajar itu sebagai aktiviti tahunan dengan memilih lokasi pelancongan seperti Pulau Langkawi, Kedah serta Indonesia.

“Saya menerima terlalu banyak permohonan daripada pihak sekolah yang meminta sumbangan antara RM5,000 sehingga RM20,000 dan sebelum ini ada meluluskan sumbangan terbabit. Namun, selepas ini, tiada lagi kerana seperti kita tahu aktiviti seperti ini memang bagus, tetapi kerajaan negeri mahu memberi lebih tumpuan kepada aktiviti yang dapat meningkatkan prestasi pendidikan dan kokurikulum sekolah.” katanya.

SUMBER :

Harian Metro

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI